Tuesday, February 19, 2008

ISA A.S: MISTERI KELAHIRAN YANG TERUNGKAI

Sejarah kelahiran Nabi Isa A.S berterusan menjadi misteri sejak beribu tahun lamanya. Masakan tidak, Siti Mariam yang dipelihara dengan penuh penghormatan dan terhindar daripada sebarang pertemuan dengan mana-mana lelaki, melainkan Nabi Zakaria A.S telah hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki. Belum sempat misteri kelahiran tanpa bapa terjawab, muncul pula misteri baru bila mana sang bayi mampu berkata-kata bagi menafikan tohmahan yang dilemparkan kepada ibu yang tercinta.

Kemandulan minda dan kegelapan hati dikalangan kaumnya tetap menolak kekuasaan Tuhan. Tajallanya Nabi Isa kelangit membuka ruang kepada rabbi yang dusta merungkaikan misteri kelahiran Isa A.S.

Siti Mariam dikatakan sebagai isteri Tuhan, Isa pula sebagai Anak Tuhan dan bapanya adalah Tuhan. Betapa dustanya si rabbi. Tidak cukup dengan pendustaan, Tuhan difitnah pula berzina sehingga melahirkan anak yang bernama Isa. Menutupi kemandulan minda mereka, konsep trinity diperkenalkan (teringat pula kepada rejoice).

Ribuan tahun telah berlalu, 2008 mencatatkan sejarah yang tersendiri. Misteri kelahiran Nabi Isa hampir terungkai. Anak Parsi yang bernama Karim Nayernia telah berjaya dalam uiian makmalnya dan membuktikan teorinya bahawa tanpa lelaki mahupun sperma dari lelaki, wanita berpeluang melahirkan anak.

Profesor Karim Nayernia dan pasukan beliau dari Universiti Georg-August, Gottingen, Jerman, berjaya menghasilkan sperma tiruan menggunakan sel induk embrio tikus di dalam makmal. Kini Profesor Karim Nayernia alam usaha merealisasikan teorinya secara klinikal.

Seperti lain-lain kajian saintifik, antaranya permanian berhadas, bayi tabung uji dan klon, cendiakawan Islam terlebih dahulu menolakkan hasil kajian tersebut tetapi akhirnya menerima dengan bersyarat.

Persoalanya, adakah kejayaan Profesor Karim Nayernia merungkaikan misteri kelahiran Nabi Isa akan merubah kepercayaan yang mengaggap TIGA TUHAN DALAM SATU (TRINTI) kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah?

No comments: