Tuesday, February 19, 2008

MELAYU: JATI DIRI YANG KIAN TERCALAR

Gendang pilihanraya yang dipalu kian membuaikan kita. Setiap malam, mimpi indah menjelma. Siangnya kita membicarakan sesuatu diluar sempadan. Kerakusan sang pemimpin dan kesetiaan rakyat mengisi ruang udara Tanah Melayu ini.

Kehadiran penjajah Temasik yang kian melebarkan sayapnya ke Johor melalui WPI meniti bibir. Bimbang kiranya anak Melayu Johor dibakul sampahkan oleh penjajah Temasik. Leka dengan WPI, lupa kita kepada Melayu di Utara yang sedang bergelut memerdekakan Segenting Kra dari penjajahan Siam.

Dalam kita sibuk membicarakan tuduhan “ethnic cleansing” dari HINDRAFT, kita terlupa kepada “Ethnic Cleansing” yang dilakukan oleh Penjajah Siam kepada Melayu di Segenting Kra – hanya kerana Segenting Kra bukan dalam sempadan “Malaysia”.

Ironinya, demonstrasi HINDRAFT dileraikan dengan air dan gas pemedih mata, manakala Melayu Patani yang dileraikan dengan peluru sehingga kini (dibunuh dengan kejam) lantaran bertanyakan nasib enam orang pengawal kampung yang ditangkap oleh polis Thai serta memohon Penjajah Siam supaya membebaskan keenam-enam pengawal kampung tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Kumpulan 11 juga mencabar ketuanan Melayu dengan 14 tuntutan mereka. Harapkan pagar, pagar makan padi, mungkin itu bidalan yang sesuai diberikan kepada 50 pemimpin Melayu yang menandatangani tuntutan tersebut.

Lebih mengguris perasaan bila mana sehingga kini, Lina Joy terus diiktiraf sebagai Melayu dan menerima Hak-Hak Istimewa Orang Melayu – bukankah Melayu dan Islam itu sinonim pengertiannya selama ini dalam konteks budaya. Pengkhianat bangsa ini masih dibiarkan menikmati hidupnya dan bergerak bebas atas nama demokrasi.

Tidak terkata lagi dengan permasalahan social anak Melayu, zina, bogel, tahi arak, penyalahgunaan dadah dan lainnya. Betapa malang pula bila mana Melayu-melayu yang rosak akhlak ini dinobatkan sebagai ikon. Betapa celarunya budaya Melayu kini bilamana sang penzina, tahi arak ini diberi penghormatan dan disanjung.

Mandulkah minda pengamal media masa kini untuk membezakan buruk dan baik?

Baculkah para pengamal media untuk menyahkan makhluk perosak ini dari pandangan masyarakat?

Perpaduan Melayu yang dilaungkan hanyalah jeritan yang tidak membawa apa-apa makna. Anak Melayu masih terus di hadapkan dengan istilah “oghe kito”. Lupa pula kepada kehadiran pendatang dari Tanah Besar China dan Benua Keling yang kian mendominasi Tanah Melayu.

Takut kah Melayu untuk keluar dari kelompoknya dan mengisi ruang yang didominasi oleh pendatang seperti di Parlimen Seputih. Mengapa kita masih taksub untuk berada dikolompok sendiri seperti Kelantan atau Terengganu (kawasan selamat Melayu). Penting sangatkah isu menawan atau pertahankan Kelantan berbanding merampas Seputih dari tangan pendatang?

No comments: