Bahang kian terasa. Setiap warganya seolah-olah begitu arif sekali. Kenyataan-kenyataan media kian pedas terdengar. Kedai-kedai kopi sekali lagi menjadi Parlimen Rakyat. Tidak termasuk lagi dengan poster-poster yang bergantungan. Itulah pilihanraya, yang menjelma setiap lima tahun sekali dalam kehidupan kita.
Sejak merdeka (1957) sebanyak 11 Pilihanraya Umum telah dilakukan. Sejak itulah, Perikatan (kini Barisan nasional) menerajui Negara. Pelabagai sejarah suka duka terlakar, dan kini menjadi sejarah untuk dinilai oleh genarasi seterusnya.
Sejak itu, berbondong-bondonglah diantara kita menuntut agar diri mereka dicalonkan. Berlaku jugalah seperti mana Pilihanraya sebelumnya, perang mulut dan poster menjadi satu kelaziman dikalangan mereka yang terlibat. Nasihat Rasul dan larangan Allah dilanggar tanpa rasa bersalah dan kasihan.
“Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”-Riwayat Muslim
Terlupa sejenak mereka kepada Hadis, lantaran didepan mata terhidang kuasa dan timbunan harta. Terlupa juga kepada bebanan tanggungjawab yang dipikul lantaran peluang untuk menimbunkan harta dunia dan salahguna kuasa untuk kepentingan peribadi.
Terlupa juga kepada peristiwa Israj-Mi’raj bila mana digambar seorang yang memikul beban, berterusan meminta bebanan ditambahan meskulpun dang pemikul beban tidak berkeupayaan untuk memikulnya.
Benarlah kata pujangga: Politik itu medan kepada orang fasik.
Betapa malang pula kepada Negara, bila mana kepimpinannya dipenuhi dengan orang-orang fasik. Dikalangan anti-Islam, pemimpin-pemimpin fasik ini amatlah dialu-alukan dan diberi layanan istimewa.
Menyedari “mata kapak tidak mungkin menumbangkan sebatang pokok, sebaliknya kayu jugalah (hulu mata kapak) yang akan menumbangkan pokok), pemimpin fasik menjadi tonggak dan harapan golongan anti-Islam untuk memastikan segala perancangan mereka agar syiar Islam tidak menyinar seperti sejarah keagungannya. Maka, kekallah Islam didalamnya sebagai penghias aturcara majlis.
Sunday, February 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment