Demokrasi, didefinisikan sebagai “dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” memperlihatkan struktur pentadbiran (kerajaan) dan perlembagaan ditentukan oleh rakyat (di Parlimen) melalui wakil mereka (pilihanraya).
Doktrin “Pengasingan Kuasa” merupakan elemen yang wajib dipatuhi dalam Perlembagaan atas alasan ‘menjaga keseimbangan’ antara Pemerintah, Perundangan dan Kehakiman bagi mengelakkan kezaliman.
Pengasingan kuasa (Inggeris menggelarnya ‘Instrumen Kerajaan’) bukanlah sesuatu yang baru. Bermula dengan Zaman Yunani yang mengangkat nama Aristotle sehinggalah ke era penjajahan Inggeris di Tanah Melayu (rujuk Sistem Residen), ianya telah sebati dalam jiwa kita.
Demikian juga dengan nama-nama seperti James Harrington (Oceana), John Locke (Civil Government, second treatise) dan Montesquieu (Spirit of the Laws) dijulang dan dimuliakan oleh pendokong-pendokong demokrasi yang fanatic dengan perjuangan demokrasi tulin, malahan berupaya melahirkan kumpulan-kumpulan pengganas (saya takrifkan sebagai pengganas demokrasi).
Pengganas demokrasi ini yang telah membina pengkalannya di Negara-negara yang menerima pakai teori lapuk ini kerapkalinya bertindak melepasi batas dan norma kemanusiaan lantaran sokongan kuat khususnya daripada Amerika dan Eropah.
Demokrasi; antara sifatnya adalah Kebebasan Bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) yang jelas bertentangan dengan prinsip syara’ (akhlaq) bila mana tiada sekatan dalam berkata-kata, pergaulan dan perbuatan, kerana sebarang sekatan ditakrifkan sebagai menolak fahaman demokrasi tulin.
Pastinya Kebebasan Bersuara yang dituntut oleh pengganas demokrasi adalah berlandaskan nafsu dan bukannya berpandukan kepada kebenaran (Al-Quran dan Hadis). Lantaran itu, pilihanraya (elemen yang dianggap terpenting) diberikan penekanan kepada suara majority, lantas bernaungkan rakyat (melalui wakil yang dipilih) di bawah kerajaan yang fasiq, munafiq atau kufur kerana bilangan manusia yang beriman adalah manoriti dan bertentangan dengan kehendak dan tuntutan demokrasi.
Sewajarnya kita fikirkan kembali sedalam-dalamnya, berdasarkan tuntutan demokrasi yang diperjuangkan oleh para pengganasnya:
1) Adakah Rasulallah itu wajar diiktiraf lantaran baginda tidak pernah mendapat sokongan majority daripada penduduk Mekah malah sehingga kini.
2) Adakah Nabi Nuh A.S berada dipihak yang benar lantaran baginda tidak mempunyai pengikut seperti mana ahli politik zaman ini.
Barang harus diingat, fahaman yang menganggap kebenaran datAng melalui suara majority adalah bertentangan dengan prinsip kebenaran yang digariskan oleh Al-Quran; “(maksudnya) Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.” -Surah al-An’am.
Kebebasan akhbar (media) yang dikatakan sebagai wadah menyampaikan maklumat atau suara hati masyarakat tanpa sebarang kawalan atau pengaruh (khasnya kerajaan) adalah tuntutan yang digariskan oleh pengganas demokrasi. Adalah melucukan prinsip demokrasi yang dikatakan dilakukan oleh rakyat untuk rakyat mendesak kerajaan yang dibentuk oleh rakyat menghapuskan sebarang bentuk perundangan (yang digubal oleh Parlimen) terhadap apa-apa unsur yang memberi sekatan terhadap media.
Persoalannya, benarkah dalam sebuah Negara demokrasi kebebasan akhbar wujud mengikut takrifan demokrasi tulin?
Tanpa sekatan perundangan ini, media menjadi wadah yang merosakkan generasi manusia. Fikiran manusia dimandulkan dan terpisah daripada kebenaran. Yang paling mendukacitakan, atas nama kebebasan akhbar, wajah Islam dilakarkan dengan sehodoh rupa dan diterima oleh umat Islam sendiri atas nama liberal.
Pengganas-pengganas demokrasi seharusnya dipantau rapi agar fahaman ganas mereka tidak merebak sehingga menjadi barah.
Tiada kaedah yang lebih bertamaddun yang dapat dilakukan melainkan mempergiat usaha mendidik masyarakat (rakyat) mentauhidkan Allah.

No comments:
Post a Comment